Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kitar Semula Video Lama Selebriti Modus Operandi Baharu Scammer

Published: 10 Jul 2023 6.10 AM Updated: 15 Aug 2026 8.22 PM
Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 - Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan iklan ‘perangkap' pengendali laman sosial yang menyamar kononnya adalah selebriti atau pempengaruh yang menawarkan sejumlah wang ketika bersiaran langsung.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kitar-semula-video-lama-selebriti-modus-operandi-baharu-scammer
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:05 MYT
Kuala Lumpur, 10 Julai 2023 - Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan iklan ‘perangkap' pengendali laman sosial yang menyamar kononnya adalah selebriti atau pempengaruh yang menawarkan sejumlah wang ketika bersiaran langsung.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, "scammer" sentiasa mencari jalan dalam menipu mangsanya dan ia adalah modus operandi baharu mereka.

Menurutnya, orang ramai jangan mudah terpengaruh dengan penipuan ini kerana tiada cara mudah untuk mendapatkan duit kecuali memang ada pertandingan yang sahih dan diperakui.

“Namun jika tiba-tiba terima mesej anda memenangi pertandingan bertuah atau seperti taktik menawarkan hadiah ketika membuat siaran langsung dengan menyamar guna akaun orang lain, janganlah mempercayainya.

“Jangan melayan apa-apa sahaja tawaran berbentuk kewangan jika ia meragukan kerana lebih baik kita cegah sebelum menjadi mangsa penipuan," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 10 Jul 2023 6.10 AMUpdated 15 Aug 2026 8.22 PM