Artikel
KERATAN AKHBAR PILIHAN: JSJ BAKAL TUBUH PASUKAN KHAS
Kuala Lumpur, 4 April 2021 - Polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan menubuhkan pasukan khas bagi melakukan siasatan semula berhubung dakwaan kewuju...
Kuala Lumpur, 4 April 2021 - Polis menerusi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan menubuhkan pasukan khas bagi melakukan siasatan semula berhubung dakwaan kewujudan kumpulan Geng Lanun Merah Black Maria 360 didakwa mengendalikan aktiviti buang sampah, sisa toksik, pengedaran dadah dan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar Klang, Selangor.
Timbalan Pengarah JSJ Risikan/Operasi Bukit Aman, DCP Dato' Dev Kumar M.M Sree berkata, pihaknya pernah menerima maklumat kegiatan kumpulan itu pada 2019 sebelum siasatan dilakukan JSJ Bukit Aman bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan.
"Antara dakwaan diterima adalah kumpulan ini dikatakan turut didalangi seorang pegawai kanan polis terbabit dengan kegiatan penyeludupan PATI, pemilikan senjata api, dadah serta ceti haram.
"Namun hasil siasatan dilakukan pada 2019 mendapati dakwaan terbabit tidak berasas sebelum kes ditutup.
"Namun baru-baru ini, kami menerima maklumat berhubung dakwaan sama mengenai kegiatan kumpulan itu yang turut dikatakan membabitkan seorang pegawai polis dan kami tidak memandang ringan perkara ini.
"Disebabkan itu, kami menubuhkan pasukan khas bagi melakukan siasatan semula berhubung dakwaan berkenaan termasuk melakukan temu bual terhadap penduduk kampung di kawasan berkenaan bagi membantu siasatan, katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro.