Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Ketamin Dan Ekstasi Dirampas Empat Ditahan

Published: 07 Dec 2025 6.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kulai, 7 Disember 2025 - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, Khamis lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-ketamin-dan-ekstasi-dirampas-empat-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:26 MYT
Kulai, 7 Disember 2025 - Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee berkata, tangkapan ke atas suspek yang juga seorang lelaki tempatan, dua lelaki warga asing dan seorang wanita tempatan itu dibuat dalam satu serbuan pada jam 8.15 malam.

“Dalam tangkapan dibuat ke atas suspek yang berusia antara 27 hingga 40 tahun itu, kita merampas tiga paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis Ketamin dengan anggaran berat 254 gram.

“Selain itu, kita turut merampas 16 kepingan foil timah disyaki dadah jenis pil Ekstasi dengan anggaran berat 45 gram dan sepaket plastik disyaki dadah jenis serbuk Ekstasi dengan anggaran berat 1,015 gram.

“Kita turut merampas sekotak rokok mengandungi satu lipatan kertas berisi cebisan daun-daun kering disyaki dadah jenis Ganja dengan anggaran berat 7.6 gram,” katanya menerusi satu kenyataan media, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of text

ArticlePublished 07 Dec 2025 6.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM