Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Pencemaran Sungai Selangor 2 Berdepan Penjara Seumur Hidup

Published: 24 Nov 2020 3.48 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Selayang, 24 November 2020 - Pengarah sebuah syarikat automotif bersama seorang kontraktor menjadi yang pertama didakwa melakukan sabotaj sehingga memudaratkan perkhidmatan bekalan air negara ini dengan mencemarkan Sungai Selangor.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-pencemaran-sungai-selangor-2-berdepan-penjara-seumur-hidup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:30 MYT

Selayang, 24 November 2020 - Pengarah sebuah syarikat automotif bersama seorang kontraktor menjadi yang pertama didakwa melakukan sabotaj sehingga memudaratkan perkhidmatan bekalan air negara ini dengan mencemarkan Sungai Selangor.

Perbuatan itu dilakukan dengan melepaskan bahan berbahaya sehingga mengganggu operasi pusat rawatan kumbahan awam dan mencemari bekalan air mentah Sungai Selangor.

Kedua-dua tertuduh, pengarah syarikat automotif dan kontraktor didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 124K Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup jika disabitkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa dengan niat bersama melakukan sabotaj memudaratkan perkhidmatan air di Selangor, di premis bernombor 32, Jalan Velox 2, Tainan Velox, Rawang di sini, antara 2 dan 10 November lalu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan, sejurus mendengar pertuduhan itu dikemukakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Maziah Joary Mohd Tajuddin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian berikut.

Sumber: Berita Harian

Image may contain: one or more people, text that says 'Sabotaj sumber air Dua berdepan negara penjara seumur hidup svarikat seorang menjadi sabotaj sehingg
Image may contain: one or more people, text that says 'Kes pencemaran Sungai Selangor 2 berdepan penjara seumur hidup Muhamad Iskandar Kes pertama dituduh
ArticlePublished 24 Nov 2020 3.48 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM