Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Lelaki Israel Tiga Warga Asing Dihantar Pulang Ke Negara Asal

Published: 16 May 2024 6.11 AM Updated: 15 Aug 2026 8.13 PM
Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan itu diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia bagi proses pemindahan imigran-imigran larangan daripada Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-lelaki-israel-tiga-warga-asing-dihantar-pulang-ke-negara-asal
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Kuala Lumpur, 16 Mei 2024 - Tiga lelaki warga asing yang disiasat sebelum ini selepas disyaki mempunyai kaitan dengan lelaki Israel, Avitan Shalom telah dihantar pulang ke negara asal.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa berkata, tindakan itu diserahkan kepada pihak Jabatan Imigresen Malaysia bagi proses pemindahan imigran-imigran larangan daripada Malaysia.

“Ketiga-tiga lelaki itu dipindah keluar dari negara ini untuk ke negara asal mereka iaitu Amerika Syarikat, Türkiye dan Georgia bermula kelmarin dan semalam.

"Ketiga-tiga suspek termasuk tujuh warga tempatan dibebaskan pada 10 Mei lalu di bawah jaminan polis," katanya pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mengulas mengenai status tujuh lelaki tempatan yang turut dibebaskan sebelum ini, Dato’ Rusdi memaklumkan, kesemua mereka boleh ditahan semula sekiranya ada bukti baharu.

“Kena faham bebas dengan jaminan, kalau ada perkembangan, saksi dan keterangan baharu, kertas siasatan boleh dibuka bila-bila masa. Jangan ingat kalau dibebaskan dia lepas begitu sahaja,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 5 people and text
ArticlePublished 16 May 2024 6.11 AMUpdated 15 Aug 2026 8.13 PM