Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kes Jenayah Disiasat Tanpa Kira Umur Pelaku

Published: 14 Oct 2025 7.40 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 14 Oktober 2025 - Setiap kes rogol atau jenayah seksual di negara ini akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan tanpa mengira umur pelaku. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said berkata, status bawah umur tidak seharusnya dijadikan alasan bagi melepaskan seseorang daripada tanggungjawab terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-jenayah-disiasat-tanpa-kira-umur-pelaku
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:57 MYT

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2025 - Setiap kes rogol atau jenayah seksual di negara ini akan disiasat di bawah Kanun Keseksaan tanpa mengira umur pelaku.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Dato' Sri Azalina Othman Said berkata, status bawah umur tidak seharusnya dijadikan alasan bagi melepaskan seseorang daripada tanggungjawab terhadap kesalahan jenayah yang dilakukan.

Menurut beliau, siasatan bagi kes jenayah seperti itu akan dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia termasuk jika ia melibatkan pelajar sekolah atau individu yang di bawah umur.
“Tindakan merogol merupakan perbuatan jenayah dengan pertuduhan ke atas suspek boleh dibuat di mahkamah berasingan, bergantung kepada kelompok usia pelaku ketika kejadian.

“Bukannya (pelaku) bawah 18 tahun boleh bebas jika melakukan jenayah dan ini yang banyak orang salah faham.

“Salah tetap salah, jahat tetap jahat. Hukuman tetap dikenakan, tetapi mahkamah (untuk prosiding pertuduhan dan perbicaraan kes terbabit) mungkin berlainan,” katanya pada sidang akhbar pada sesi Townhall Antibuli bersama wakil pelajar di bawah Kementerian Pengajian Tinggi di sini semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
ArticlePublished 14 Oct 2025 7.40 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM