
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kes Bunuh Kucing Penyewa Kondominium Ditahan
Kuala Lumpur, 27 Mac 2023 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing dipercayai dibunuh dalam u...
Kuala Lumpur, 27 Mac 2023 - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing dipercayai dibunuh dalam unit kediaman sebuah kondominium di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, baru-baru ini.
“Suspek ditahan di Cheras, kelmarin dan dia direman hingga 28 Mac ini untuk membantu siasatan,” katanya.
Jumaat lalu, BH melaporkan perlakuan tidak berperikemanusiaan itu didedahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia menerusi satu kenyataan di Facebook persatuan.
Bagaimanapun, kelmarin ACP Zam Halim berkata, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kes itu mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan (melakukan khianat dan membunuh haiwan) susulan laporan polis diterima pada 13 Mac lalu.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.