Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kes Buli Di Sekolah Semakin Meningkat

Diterbitkan: 02 Nov 2023 2.18 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 2 November 2023 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan jumlah kes buli di sekolah terus melonjak tahun ini berbanding dua tahun lalu dengan 4,994 kes direkodkan setakat bulan lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kes-buli-di-sekolah-semakin-meningkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:52 MYT
Kuala Lumpur, 2 November 2023 - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan jumlah kes buli di sekolah terus melonjak tahun ini berbanding dua tahun lalu dengan 4,994 kes direkodkan setakat bulan lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Puan Lim Hui Ying berkata, kes buli bagi 2021 lebih rendah disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi menangani gelombang COVID-19.

“Berdasarkan data Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) KPM bagi tempoh tiga tahun, sejumlah 326 kes direkodkan pada 2021, manakala 3,887 kes pada 2022.
“Bagaimanapun, bagi 2023 sehingga bulan lalu, sebanyak 4,994 kes direkodkan dan siasatan sudah dijalankan bagi semua kes itu serta tindakan susulan diambil terutama dari segi bimbingan serta kaunseling,” katanya.

“Antara inisiatif KPM termasuk mengeratkan hubungan murid dan guru melalui amalan guru penyayang di sekolah. la bertujuan menerapkan budaya penyayang dalam kalangan guru dan murid di sekolah, sekali gus meningkatkan hubungan antara keduanya.

“Selain itu, KPM turut mengadakan kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia melalui pegawai perhubungan sekolah (PPS).
“Ada seorang PPS di setiap sekolah yang mendampingi dan bekerjasama dengan pihak sekolah termasuk mengadakan program berkaitan buli, malah PPS juga akan melaporkan kes buli kepada KPM,” katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 02 Nov 2023 2.18 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM