
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Curi Motosikal Masih Tinggi Libatkan Jenayah Harta Benda
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
Petaling Jaya, 2 November 2023 - Purata sebanyak 45 motosikal dilaporkan hilang sehari di seluruh negara sejak 2018 hingga Ogos lalu.
Hal ini secara tidak langsung menunjukkan kes curi motosikal menjadi penyumbang utama kepada indeks jenayah harta benda sepanjang tempoh tersebut dengan 92,865 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia membabitkan kerugian RM278.59 juta.
Daripada jumlah itu, kata beliau, kes curi kenderaan adalah penyumbang terbesar bagi ketegori jenayah harta benda ini dengan sebanyak 126,002 kes dicatatkan dalam tempoh sama.
Kes kecurian kenderaan ini terdiri daripada curi motokar dengan 27,078 kes membabitkan kerugian kira-kira RM3 bilion diikuti van atau lori dan jentera berat iaitu 6,059 kes dengan kerugian RM605.9 juta.
Ujar beliau, sebanyak 75,633 kes jenayah harta benda melibatkan pecah rumah atau curi dengan kerugian RM302.5 juta.