Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pdrm Tunggu Maklum Balas Singapura Amerika Syarikat Bawa Pulang Aset Jasmine Loo Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 12 Oct 2023 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Polis sedang menunggu maklum balas pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat untuk membawa pulang aset bernilai RM93.2 juta milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pdrm-tunggu-maklum-balas-singapura-amerika-syarikat-bawa-pulang-aset-jasmine-loo-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:29 MYT
Kuala Lumpur, 12 Oktober 2023 - Polis sedang menunggu maklum balas pihak berkuasa Singapura dan Amerika Syarikat untuk membawa pulang aset bernilai RM93.2 juta milik bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan yang mempunyai kaitan dengan syarikat berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan telah dihantar kepada pihak berkuasa negara-negara terlibat.

"Permohonan untuk membawa pulang aset berkenaan datang daripada Jasmin Loo dan setakat ini respons yang kami terima daripada pihak berkuasa di sana sangat baik," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kapcai Ride Anti Scam JSJK di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Jasmin Loo, 49 tahun, dipercayai merupakan individu yang mempunyai maklumat berkenaan 1MDB dan wanita itu ditahan pada 7 Julai lalu bagi membantu siasatan isu penyelewengan dana syarikat berkenaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../pdrm-tunggu-maklum...

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 12 Oct 2023 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM