Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kerja Satu Pasukan Tingkatkan Integriti Penjawat Awam

Published: 01 Nov 2023 2.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 1 November 2023 - Sasaran negara untuk berada pada kedudukan 25 terbaik dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam tempoh 10 tahun mampu dicapai jika semua penjawat awam bergerak sebagai entiti utuh.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kerja-satu-pasukan-tingkatkan-integriti-penjawat-awam
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT
Kuala Lumpur, 1 November 2023 - Sasaran negara untuk berada pada kedudukan 25 terbaik dunia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dalam tempoh 10 tahun mampu dicapai jika semua penjawat awam bergerak sebagai entiti utuh.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, berkata semua penjawat awam harus berusaha sebagai satu pasukan untuk memastikan isu tata kelola dan integriti dapat diperbaiki dari semasa ke semasa selari hasrat Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan gagasan Malaysia MADANI.

Mereka juga diingatkan agar tidak silo, yang membawa maksud bekerja secara sambil lewa, enggan memberikan kerjasama kepada pasukan dan mempamerkan kualiti kerja kurang memuaskan, dalam melaksanakan strategi yang diatur.

Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki yakin berdasarkan usaha dilaksanakan kerajaan ketika ini, kedudukan negara yang kini berada pada tangga ke-61 dalam CPI 2022 dapat diperbaiki.

“CPI ini lebih kepada persepsi masyarakat luar yang berurusan dengan kita. Yang paling mustahak ialah kita membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh memastikan bahawa CPI dapat kita turunkan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Institut Integriti Malaysia (IIM) berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Bulan Integriti Nasional 2023 bertemakan 'Integriti Citra Malaysia MADANI', di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 01 Nov 2023 2.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM