
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Ugutan Terhadap Pm Benar Tak Boleh Dipandang Remeh Kpn
Kuala Lumpur, 1 November 2023 - Ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan tidak boleh dipandang remeh atau dilabel sebagai mus...
Kuala Lumpur, 1 November 2023 - Ugutan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan tidak boleh dipandang remeh atau dilabel sebagai muslihat politik untuk kepentingan peribadi, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, isu keselamatan Perdana Menteri sudah pun dibincangkan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay serta pengarah jabatan di bawahnya.
Ancaman itu, tegas Tan Sri Razarudin, berpunca daripada kenyataan lantang Anwar dalam isu kemanusiaan di Palestin serta pemindahan penduduk Palestin dari Gaza dan Perdana Menteri mungkin sudah dimaklumkan mengenai kemungkinan ada ancaman dari negara lain.
“Pada masa ini, Cawangan Khas PDRM (Polis Diraja Malaysia) sedang bekerjasama dengan rakan sejawat dari luar negara bagi mengesahkan maklumat itu,” katanya dalam wawancara khas dengan BH dan TV3.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.