Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kerajaan Teroka Guna Dron Dan Ai Pantau Sempadan

Published: 26 Apr 2023 2.14 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kerajaan-teroka-guna-dron-dan-ai-pantau-sempadan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:12 MYT
Bukit Kayu Hitam, 26 April 2023 - Kerajaan mengakui berdepan kekangan untuk melaksanakan pembinaan pagar baharu di sempadan Malaysia-Thailand, terutama di Kedah dan Perlis susulan jaraknya yang terlalu panjang.

Justeru, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya sedang meneroka penggunaan kaedah berteraskan teknologi dan inovasi termasuk membabitkan dron serta Kecerdasan Buatan (AI) dalam penugasan pihak berkuasa di sempadan.

Beliau berkata, aspek kawalan keselamatan sempadan tidak seharusnya tertumpu sekadar kepada isu pagar semata-mata, kerana ia turut membabitkan beberapa aspek lain, selain kehadiran fizikal anggota keselamatan.
“Saya sendiri turun dan lihat tahap pagar sempadan kita di Padang Besar, Perlis. Dalam aspek kawalan sempadan, bukan pagar sahaja, kita juga lihat peluang penggunaan dron dan pemasangan kamera litar lertutup (CCTV) di lokasi strategik.

“Kita perlu teroka kaedah ini kerana kos penyelenggaraan pagar sedia ada sangat tinggi disebabkan meliputi jajaran kawasan sangat luas.
“Disebabkan itu ada kekangan dari sudut mengusahakan semula pembinaan pagar baharu. Kita harus lihat pagar sedia ada yang wajar diselenggara seadanya,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Markas Taktikal Pasukan Gerakan Am di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

 
ArticlePublished 26 Apr 2023 2.14 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM