Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Keputusan Dakwa Jasmine Loo Bergantung Agc Pengarah Jsjk

Diterbitkan: 09 Sep 2023 4.01 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-keputusan-dakwa-jasmine-loo-bergantung-agc-pengarah-jsjk
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 11:25 MYT
Petaling Jaya, 9 September 2023 - Keputusan sama ada Peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan akan dituduh atau sebaliknya bergantung kepada penilaian dibuat oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Setiap keputusan untuk pendakwaan dibuat AGC setelah meneliti dan menimbangkan sepenuhnya semua keterangan yang ada serta dibentangkan dalam kertas siasatan oleh pihak berkuasa.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kertas siasatan membabitkan Jasmine Loo sudah dilengkapkan Polis Diraja Malaysia sebelum dirujuk AGC untuk penilaian mereka.

“Jadi, bergantung kepada keputusan AGC sama ada mahu tuduh atau tidak. Tambahan, Jasmine Loo tampil menyerah diri dan memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dilakukan.

“Fokus utama kita adalah untuk mendapatkan semula aset-aset dan harta dimiliki Jasmine Loo yang diperoleh dengan cara tidak betul yang dikaitkan dengan dana 1MDB,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

 
ArtikelDiterbitkan 09 Sep 2023 4.01 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM