Artikel
Artikel Pilihan Polis Terus Pantau Isu 3r Pastikan Tiada Pihak Eksploitasi Demi Kepentingan Sendiri Timbalan Kpn
"Saya lihat masih ada lagi yang mahu ambil kesempatan buat kenyataan berkait isu 3R ini. Isu ini akan berterusan dan pihak polis akan sentiasa pantau media sos...
Johor Bahru, 9 September 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau kandungan dan kenyataan dibuat mana-mana individu berhubung isu 3R (agama, kaum, diraja) dalam pelbagai media sosial kerana mengakui ianya akan berlanjutan.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya akan terus memantau kenyataan sedemikian bagi memastikan tiada mana-mana pihak mengeksploitasi perkara berkenaan demi kepentingan mereka.
Beliau berkata, setakat ini, tiada kertas siasatan baharu dibuka terhadap mana-mana pemimpin politik lain berhubung isu 3R.
"Komen-komen 3R ini saya rasa akan berterusan, bukan sahaja ketika musim pilihan raya. Akan ada individu yang tidak bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berhubung dengan isu 3R walaupun banyak kali nasihat serta amaran sudah diberikan.
"Saya lihat masih ada lagi yang mahu ambil kesempatan buat kenyataan berkait isu 3R ini. Isu ini akan berterusan dan pihak polis akan sentiasa pantau media sosial dan kenyataan-kenyataan yang dibuat," katanya ketika sidang media selepas meninjau Pusat Mengundi di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
