Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kepung Litar Lumba 350 Mat Rempit Dicekup

Published: 17 Nov 2025 5.12 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Seberang Jaya, 17 November 2025 - Cubaan samseng jalanan menjadikan jalan raya sebagai litar lumba haram terbantut apabila 350 penunggang motosikal ditahan dalam operasi besar-besaran di sekitar Permatang Pauh, Sabtu lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kepung-litar-lumba-350-mat-rempit-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 20:01 MYT

Seberang Jaya, 17 November 2025 - Cubaan samseng jalanan menjadikan jalan raya sebagai litar lumba haram terbantut apabila 350 penunggang motosikal ditahan dalam operasi besar-besaran di sekitar Permatang Pauh, Sabtu lalu.

Operasi dijalankan Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama JSPT Pulau Pinang bermula jam 11 malam itu turut berjaya menahan beberapa penunggang motosikal kerana dipercayai melakukan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang.

Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) JSPT Bukit Aman, DCP Mohd Rozi Jidin berkata, serbuan dilakukan berdasarkan aduan awam mengenai kewujudan kumpulan mat rempit untuk berlumba.

“Mereka menjadikan persimpangan lampu isyarat Permatang Pauh menghala ke Ampang Jajar sebagai litar lumba haram, terutama pada malam minggu.

“Meskipun beberapa kali serbuan dan operasi sering dibuat di lokasi sama, namun mereka masih tidak serik mencabar undang-undang,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Seberang Jaya, Ahad.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text


ArticlePublished 17 Nov 2025 5.12 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM