Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kemuka Semula Cadangan Kementerian Khusus Pdrm Kpn

Published: 09 Sep 2026 6.50 AM
Kuala Lumpur, 9 September 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mengemukakan semula cadangan penubuhan sebuah kementerian yang khusus bagi pasukan keselamatan itu demi memantapkan mutu perkhidmatan, memperkasakan kebajikan warga polis serta memodenkan aset logistiknya.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kemuka-semula-cadangan-kementerian-khusus-pdrm-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT
Kuala Lumpur, 9 September 2026 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mengemukakan semula cadangan penubuhan sebuah kementerian yang khusus bagi pasukan keselamatan itu demi memantapkan mutu perkhidmatan, memperkasakan kebajikan warga polis serta memodenkan aset logistiknya.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail berkata, langkah penubuhan kementerian khusus itu disifatkan wajar memandangkan PDRM adalah sebuah agensi penguatkuasaan gergasi yang menguruskan kekuatan keanggotaan yang sangat besar.

Beliau berkata, pasukan keselamatan negara itu kini disokong lebih 137,000 warga kerja merangkumi pegawai, anggota dan kakitangan awam satu saiz keanggotaan yang setara dengan Kementerian Pertahanan.

"Kita melihat bahawa organisasi PDRM ini adalah sebuah agensi yang besar dengan lebih kurang 137,000 pegawai dan anggota serta kakitangan awam.

"Sudah sampai masanya kita membuka ruang dan peluang kepada PDRM ini berdiri sebagai sebuah kementerian, sebagaimana perbandingan kita dengan Kementerian Pertahanan yang juga mempunyai kekuatan dan keanggotaan yang seimbang, iaitu sama jumlahnya.

"Jadi dengan mewujudkan sebuah Kementerian Keselamatan ini, saya percaya ia menjadi titik permulaan untuk kita memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang," katanya ketika ditemui di Bukit Aman, kelmarin.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

ArticlePublished 09 Sep 2026 6.50 AM