Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kempen Kita Demi Negara Dilancarkan

Published: 14 Jan 2022 3.46 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Putrajaya, 14 Januari 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan langkah tahun 2022 dengan menggerakkan kempen Kita Demi Negara selaras aspirasi dan konsep Keluarga Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kempen-kita-demi-negara-dilancarkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:12 MYT
Putrajaya, 14 Januari 2022 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memulakan langkah tahun 2022 dengan menggerakkan kempen Kita Demi Negara selaras aspirasi dan konsep Keluarga Malaysia.

Menterinya, Dato’ Seri Hamzah Zainudin berkata, kempen dengan slogan Negara Kita, Keselamatan Tanggungjawab Bersama itu mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk saling bekerjasama dengan KDN dalam menjaga keamanan negara.

Beliau berkata, KDN adalah sebuah kementerian yang diberi tanggungjawab untuk menjaga ketenteraman dan keamanan dalam negara.

"Bagaimanapun, kita tidak ingin masyarakat melihat KDN sebagai kementerian yang berperanan dalam sektor penguatkuasaan semata-mata. Fungsi KDN juga harus dilihat sebagai kementerian yang sentiasa berusaha untuk menyantuni masyarakat.

"Justeru, KDN dan masyarakat harus bersama-sama memikul satu tanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara selari dengan konsep al-daruriyat iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan KDN dan Amanat Tahun Baharu 2022 di sini, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of 4 people and text that says 'DIBAAHKNTAPUN DIBAWAH KD'V HAMZAH (tiga menyampaikansijil menyam Anugerah Kecermelangan Pengurusan Kew
ArticlePublished 14 Jan 2022 3.46 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM