
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak Kanak
Kuala Lumpur, 2 Jun 2024 - Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk kanak-kanak dan keluarga dalam masa yang terdekat bagi...
Kuala Lumpur, 2 Jun 2024 - Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk kanak-kanak dan keluarga dalam masa yang terdekat bagi menangani isu keselamatan golongan itu di alam siber dan masalah pengantunan.
“Kita lihat ibu bapa memang faham platform-platform ini banyak mendatangkan manfaat tetapi ada juga banyak kemudaratan.
“Harapan saya dengan kempen ini kita akan dapat kumpulkan semua agensi termasuk Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk memberikan penegasan tentang apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk sentiasa menjamin keselamatan diri, anak dan keluarga bila kita memanfaatkan internet. Ini (kempen) akan dirasmikan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini semalam.
Tuan Ahmad Fahmi turut mendedahkan, berdasarkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, platform yang paling banyak disalah guna untuk tujuan pengantunan kanak-kanak adalah aplikasi WhatsApp.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.