Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kempen Keselamatan Dalam Talian Untuk Kanak Kanak

Published: 02 Jun 2024 1.05 AM Updated: 23 Sep 2026 6.44 AM
Kuala Lumpur, 2 Jun 2024 - Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk kanak-kanak dan keluarga dalam masa yang terdekat bagi menangani isu keselamatan golongan itu di alam siber dan masalah pengantunan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kempen-keselamatan-dalam-talian-untuk-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:27 MYT
Kuala Lumpur, 2 Jun 2024 - Kementerian Komunikasi akan melancarkan Kempen Keselamatan Dalam Talian untuk kanak-kanak dan keluarga dalam masa yang terdekat bagi menangani isu keselamatan golongan itu di alam siber dan masalah pengantunan.

Menterinya, Tuan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzi berkata, isu yang bakal diteliti antaranya adalah menghentikan pendaftaran kanak-kanak di bawah usia 13 tahun di platform media sosial walaupun platform terbabit memang tidak membenarkannya.

“Kita lihat ibu bapa memang faham platform-platform ini banyak mendatangkan manfaat tetapi ada juga banyak kemudaratan.

“Harapan saya dengan kempen ini kita akan dapat kumpulkan semua agensi termasuk Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perlindungan Data Peribadi untuk memberikan penegasan tentang apakah langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk sentiasa menjamin keselamatan diri, anak dan keluarga bila kita memanfaatkan internet. Ini (kempen) akan dirasmikan tidak lama lagi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kita MADANI peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, di sini semalam.

Tuan Ahmad Fahmi turut mendedahkan, berdasarkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual Wanita dan Kanak-Kanak D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, platform yang paling banyak disalah guna untuk tujuan pengantunan kanak-kanak adalah aplikasi WhatsApp.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 02 Jun 2024 1.05 AMUpdated 23 Sep 2026 6.44 AM