Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kekosongan Perjawatan Polis Tidak Diisi

Published: 10 Sep 2020 3.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Kekurangan perjawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan sebagai 'kritikal' jika diukur dari sudut nisbah polis dengan penduduk di negara ini yang jauh ketinggalan dengan standard piawaian ditetapkan Polis Antarabangsa (Interpol) iaitu 1: 250.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kekosongan-perjawatan-polis-tidak-diisi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:54 MYT

Kuala Lumpur, 10 September 2020 - Kekurangan perjawatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disifatkan sebagai 'kritikal' jika diukur dari sudut nisbah polis dengan penduduk di negara ini yang jauh ketinggalan dengan standard piawaian ditetapkan Polis Antarabangsa (Interpol) iaitu 1: 250.

Ini berlaku terutamanya di bandar-bandar besar seperti di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya yang hanya mempunyai 1,648 perjawatan polis namun jumlah penduduk hampir mencecah dua juta orang iaitu nisbah polis dengan penduduk 1:1,213.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador berkata, PDRM sangat memerlukan pertambahan perjawatan kerana populasi penduduk semakin ramai serta kewujudan premis kediaman baharu.

"Apabila buka perumahan baharu, balai tidak ada dan penduduk mengadu masalah sukar mahu membuat laporan. Jadi, pemaju beri premis kedai untuk dijadikan balai sementara tetapi kami pula kekurangan kekuatan untuk ditempatkan.

"Kerja polis sangat banyak, belum lagi siapa yang perlu kendalikan saman, angkat mayat, cegah lumba haram dan lain-lain. Belum lagi mereka yang berpencen, jadi kami amat memerlukan pertambahan perjawatan dalam PDRM," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: house and outdoor, text that says 'Kekosongan perjawatan polis tidak diisi PDRM tak cukup anggota Oleh NURAINA HANIS dua orang iaitu nis
ArticlePublished 10 Sep 2020 3.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM