Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kegiatan Lelaki Jual Kulit Kuku Harimau Beruang Dijampi Tumpas Selepas Diserbu Di Kota Bharu

Diterbitkan: 17 Feb 2024 7.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Aktif menjual ratusan kulit, kuku harimau dan kuku beruang yang sudah ‘diisi' jampi serapah kepada golongan yang percaya terhadap kuasa mistik.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kegiatan-lelaki-jual-kulit-kuku-harimau-beruang-dijampi-tumpas-selepas-diserbu-di-kota-bharu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:40 MYT
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Aktif menjual ratusan kulit, kuku harimau dan kuku beruang yang sudah ‘diisi' jampi serapah kepada golongan yang percaya terhadap kuasa mistik.

Itu aktiviti dilakukan seorang lelaki tempatan berusia 30-an dikesan menawarkan pelbagai bahagian hidupan liar dilindungi didakwa mampu dijadikan tangkal penguat semangat, pelaris perniagaan serta pengasih memikat wanita.

Difahamkan suspek terkenal dengan gelaran Tok Rimau aktif menawarkan bahagian hidupan liar itu di media sosial termasuk aplikasi TikTok dengan menjualnya pada harga hingga RM5,000 setiap satu.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan ditumpaskan hasil Operasi Bersepadu Khazanah Siri 1/2024 Zon Timur dilakukan sepasukan pegawai Unit Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Unit dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan, Polis Diraja Malaysia.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an image of slow loris, bone and text that says 'TOK RIMAU 'HILANG' TARING Kegiatan lelaki jual kulit, kuku harimau, beruang dijampi tumpa
ArtikelDiterbitkan 17 Feb 2024 7.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM