
Article
Keratan Akhbar Pilihan Kegiatan Lelaki Jual Kulit Kuku Harimau Beruang Dijampi Tumpas Selepas Diserbu Di Kota Bharu
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Aktif menjual ratusan kulit, kuku harimau dan kuku beruang yang sudah ‘diisi' jampi serapah kepada golongan yang percaya terha...
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Aktif menjual ratusan kulit, kuku harimau dan kuku beruang yang sudah ‘diisi' jampi serapah kepada golongan yang percaya terhadap kuasa mistik.
Difahamkan suspek terkenal dengan gelaran Tok Rimau aktif menawarkan bahagian hidupan liar itu di media sosial termasuk aplikasi TikTok dengan menjualnya pada harga hingga RM5,000 setiap satu.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia, Dato' Abdul Kadir Abu Hashim berkata, kegiatan ditumpaskan hasil Operasi Bersepadu Khazanah Siri 1/2024 Zon Timur dilakukan sepasukan pegawai Unit Jenayah Hidupan Liar atau Wildlife Crime Unit dan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan, Polis Diraja Malaysia.
Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.