Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kedah Dijangka Sesak Menjelang Aidilfitri

Published: 14 Apr 2022 2.31 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kubang Pasu, 14 April 2022 - Ratusan ribu kenderaan anak perantau dijangka akan mula memasuki negeri Kedah seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei depan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kedah-dijangka-sesak-menjelang-aidilfitri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:12 MYT
Kubang Pasu, 14 April 2022 - Ratusan ribu kenderaan anak perantau dijangka akan mula memasuki negeri Kedah seminggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 3 Mei depan.
Ketua Polis Kedah, CP Wan Hassan Wan Ahmad berkata, jangkaan itu berdasarkan keputusan kerajaan yang tidak lagi menguatkuasakan sekatan pergerakan pada Aidilfitri kali ini.
Menurutnya, pihak polis juga bersiap sedia menguatkuasakan kawalan pemeriksaan termasuk akan melaksanakan Op Selamat pada 28 April depan.
"Saya sudah arahkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri supaya lebih banyak buat kawalan pemeriksaan dan fokus sekarang ini lebih banyak di kawasan bazar Ramadan.
"Di lebuh raya dan tempat yang selalu berlaku kemalangan juga kita beri fokus supaya pemeriksaan dan operasi berterusan dapat dilaksanakan," katanya ketika ditemui di Majlis Penyerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (P.J.P.N.) dan Katil Sumbangan Yayasan Petronas di Jitra, di sini pada Rabu.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian di lampiran.
Sumber: Sinar Harian
 
ArticlePublished 14 Apr 2022 2.31 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM