Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kdymm Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Titah Pdrm Jalankan Siasatan Terperinci Isu Gisbh

Published: 18 Sep 2024 2.37 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 18 September 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memandang serius isu jenayah serta penganiayaan terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan operasi rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdymm-seri-paduka-baginda-yang-di-pertuan-agong-titah-pdrm-jalankan-siasatan-terperinci-isu-gisbh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:33 MYT
Kuala Lumpur, 18 September 2024 - Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memandang serius isu jenayah serta penganiayaan terhadap kanak-kanak yang dikaitkan dengan operasi rumah amal kendalian Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).

Berikutan itu, Seri Paduka Baginda menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh terhadap isu terbabit selepas pelbagai berita dilaporkan serta disiarkan dalam media massa berkaitan rumah amal berkenaan.

“Perkara berkaitan akidah umat Islam seharusnya dipelihara setiap masa dan tidak boleh dipandang ringan,” titah Seri Paduka Baginda selaku Pesuruhjaya Kehormat PDRM, dalam kenyataan kepada Royal Press Office di sini, semalam.

Justeru, Sultan Ibrahim menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau pandangan yang melampau berkaitan isu agama kerana ia amat sensitif dan mesti ditangani dengan berhati-hati.

“Saya mahu siasatan menyeluruli dijalankan dan tindakan segera diambil,” titah Seri Paduka Baginda.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
 
ArticlePublished 18 Sep 2024 2.37 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM