Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Lancar Operasi Gempur Perniagaan Haram

Published: 09 Jun 2026 2.02 AM Updated: 15 Aug 2026 6.57 PM
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan adalah selaras arahan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahu tindakan tegas diambil terhadap aktiviti berkenaan susulan aduan yang diterima oleh beliau sendiri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-lancar-operasi-gempur-perniagaan-haram
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:29 MYT
Putrajaya, 9 Jun 2026 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui agensi dibawahnya kini menggerakkan operasi khusus bagi membanteras aktiviti perniagaan haram yang dijalankan warga asing dengan menyalahgunakan pas sosial di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara berkenaan adalah selaras arahan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mahu tindakan tegas diambil terhadap aktiviti berkenaan susulan aduan yang diterima oleh beliau sendiri.

Beliau berkata, agensi dibawah KDN seperti Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan operasi bagi membanteras secara sepenuhnya aktiviti haram oleh warga asing.

"PM sendiri menerima aduan. Jadi agensi berkenaan telah diminta untuk meningkatkan tindakan penguatkuasan tentu kita akan tengok kesalahan di Akta Imigresen," katanya selepas majlis perhimpunan bulanan KDN di sini, semalam.

Terdahulu, PM mengarahkan pelbagai kementerian dan agensi mengambil tindakan tegas serta menyeluruh bagi membanteras aktiviti perniagaan haram yang dijalankan warga asing serta penyalahgunaan visa dan lesen perniagaan tempatan.

Saifuddin Nasution berkata KDN melalui agensi dibawahnya mempunyai kepakaran tertentu bagi mengesan keberadaan setiap warga asing yang menjalankan perniagaan secara haram.

"Kita telah ada hotspot yang kita mapping yang kita tahu banyaknya keberadaan warga asing yang di bawah Akta Imigresen mereka masuk kosong tanpa dokumen, tinggal lebih masa atau dia salah guna pas," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

May be an illustration of text
ArticlePublished 09 Jun 2026 2.02 AMUpdated 15 Aug 2026 6.57 PM