
Article
Keratan Akhbar Pilihan Kdn Kaji Pinda Akta Lapuk
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencegahan Jenayah 1959, antara akta yang diteliti untuk dipinda Kementerian D...
Kuala Lumpur, 9 September 2024 - Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Akta Pencegahan Jenayah 1959, antara akta yang diteliti untuk dipinda Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memberi nafas baharu dalam pelaksanaan tadbir urus lebih berkesan.
Katanya, antara akta yang dirancang dipinda adalah Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 (Akta 461), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Perlembagaan Persekutuan Bahagian III Perkara Kewarganegaraan, Akta Penjara 1995 (Akta 537), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832), Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) dan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976.
Bagi prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan, cadangan pindaan membabitkan Garis Panduan Menimbang Permohonan Pembukaan Kuota Pekerja Asing Secara Case by Case, Garis Panduan Penganugerahan Ahli Kehormat Dan Ahli Bersekutu di KDN 2024, Garis Panduan Penapisan Filem dan Klasiiikasi Filem Baharu serta Garis Panduan Berkaitan Pemerolehan dan Penamatan Taraf Kewarganegaraan.
“Selain itu, KDN juga akan meningkatkan kecekapan tadbir urus sumber manusia kementerian dan jabatan melalui Persidangan Pengurus Sumber Manusia dan Naziran secara berkala. memperkasa proses perolehan dan pembangunan melalui pewujudan SOP, pengurangan kes tatatertib bagi 2024 kepada 50 peratus daripada jumlah yang dilaporkan serta meningkatkan pemantauan dan mengambil tindakan terhadap salah laku pegawai," katanya kepada BH.
Bacaan lanjut seperti dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian di lampiran