Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Kaji Pinda Akta Hasutan 1948

Diterbitkan: 30 Oct 2024 2.26 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah memulakan kajian bagi menilai, sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 perlu dibuat supaya seiring dengan peredaran masa bagi menangani isu membabitkan pelanggaran daripada elemen agama, bangsa dan institusi diraja (3R).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-kaji-pinda-akta-hasutan-1948
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:44 MYT
Kuala Lumpur, 30 Oktober 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah memulakan kajian bagi menilai, sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan 1948 perlu dibuat supaya seiring dengan peredaran masa bagi menangani isu membabitkan pelanggaran daripada elemen agama, bangsa dan institusi diraja (3R).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pada masa sama, libat urus turut dilaksanakan bersama pemegang taruh dan pihak berkepentingan bagi meminda Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
“Perkara itu sedang diperhalusi di peringkat kementerian dan akan dibentangkan ke Jemaah Menteri untuk persetujuan dalam masa terdekat,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Datuk Seri Saifuddin Nasution menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas).
Perbaiki aspek keselamatan Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, bagi pindaan terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, ia sedang diperhalusi oleh Kementerian Komunikasi sebagai langkah memperbaiki aspek keselamatan dan rangkaian susulan peningkatan penggunaan serta kebergantungan orang ramai terhadap perkhidmatan digital.
Beliau berkata, sebagai kementerian yang menerajui aspek keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam, KDN sentiasa komited dalam mengkaji dan menanibah baik semua undang-undang di bawah kawal selia kementerian.
“KDN akan terus menyokong reformasi negara berlandaskan nilai ihsan, kesejahteraan, keyakinan dan kemampanan demi memastikan hasrat Agenda Malaysia MADANI dicapai,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
 
ArtikelDiterbitkan 30 Oct 2024 2.26 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM