Keratan Akhbar Pilihan Kdn Ikrar Tumpaskan Pengganas Ltte
Selama, 3 Disember 2020 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran akan menentang habis-habisan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang didakwa terbabit mengugut untuk menyerang Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Menteri Kementerian Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin, berkata pihaknya akan mengambil tindakan wajar termasuk menggunakan pelbagai kaedah dalam memastikan kumpulan ini ditumpaskan.
Beliau juga menegaskan bagi tujuan itu, kerajaan akan menggunakan pelbagai peruntukan undang-undang yang ada seperti Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).
"Kenapa berani sangat nak ugut? Kita kena sedar negara ini ada undang-undang.
"Kalaulah mereka mengatakan mereka bebas melakukan segala-galanya, saya juga nak memaklumkan bahawa kumpulan ini masih lagi ada senarai sebagai terrorist (pengganas) dalam negara kita.
"Maka sebab itu saya minta pasukan Polis Diraja Malaysia berhati-hati dan kita akan memastikan kumpulan ini kita ambil tindakan wajar dan pastikan sekali lagi akan ditangkap dan dihapuskan daripada sewenang-wenangnya melakukan apa yang mereka mahukan di dalam negara ini," katanya.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.
Sumber:
