Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Buat Sesi Libat Urus Syor Pinda Poca

Published: 17 Feb 2024 3.42 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-buat-sesi-libat-urus-syor-pinda-poca
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:17 MYT
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan sesi libat urus dengan semua Ahli Parlimen mengenai cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata sesi libat urus bersama semua pemegang taruh, termasuk Ahli Parlimen itu akan dilakukan dengan kerap bagi memutuskan pindaan ke atas akta berkenaan.

Beliau berkata, semua pemegang taruh harus diterangkan mengenai keperluan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menggunakan semula Seksyen 4 dan Seksyen 15 yang diperuntukkan dalam Akta POCA untuk mengawal jenayah.

“Pertama, KDN dan polis sekarang bersedia mengadakan sesi libat urus, menunjukkan bagaimana keterbukaan yang kita buat melibatkan pelbagai pihak dan pelbagai pemegang taruh, termasuk dalam perkara menambah baik POCA.

“Dasar kita bukan tutup pintu, (tetapi) kita sedar perlu mendengar daripada semua pihak, itu yang kita buat.

“Kedua, kita fokus terus kepada isu yang perlu dibincang iaitu daripada hal keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa Seksyen 4 dan Seksyen 15 akta itu sebagai tidak berperlembagaan.

“Mahkamah Persekutuan berpendapat perkataan "shall'' dalam seksyen itu sebagai mengambil kuasa mahkamah dalam perkara memutuskan tentang perintah reman,” katanya ketika sidang media selepas melawat kuarters kediaman di Kem Pasukan Gerakan Am di sini, semalam.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.

May be an image of slow loris and text
ArticlePublished 17 Feb 2024 3.42 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM