Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kdn Beri Jaminan Polis Sentiasa Pantau Aktiviti Babitkan Bekas Anggota Militan

Diterbitkan: 19 May 2024 1.12 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.12 PM
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan, polis sentiasa memantau aktiviti membabitkan bekas anggota kumpulan terancang atau militan yang sebelum ini pernah ditahan pihak berkuasa Malaysia.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kdn-beri-jaminan-polis-sentiasa-pantau-aktiviti-babitkan-bekas-anggota-militan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:28 MYT
Johor Bahru, 19 Mei 2024 - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan, polis sentiasa memantau aktiviti membabitkan bekas anggota kumpulan terancang atau militan yang sebelum ini pernah ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Polis Diraja Malaysia sentiasa memastikan proses rehabilitasi golongan terbabit berjalan, sekali gus tidak menjadi ancaman kepada masyarakat.

“Saya nak yakinkan masyarakat, polis ada pengalaman uruskan (insiden serangan) berdasarkan profil pangkalan data lengkap menerusi corak serangan. Pangkalan data polis yang ada sejak 217 tahun lalu, memadai untuk kita uruskan insiden begini (serangan).

“la kerana kita ada latar belakang (bekas anggota) yang dulu pernah terbabit dengan kegiatan (militan), ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan kemudian dilepaskan. Polis ada pendekatan bagi memantau mereka.

“Kita jangan (membuat spekulasi) berlebihan. Serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram dilakukan suspek secara bersendirian. Don't go beyond that point (ancaman militan termasuk Jemaah Islamiyah),” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Johor, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, CP M. Kumar S. Muthuvelu.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

May be an image of 4 people and text that says ''Suspek bertindak sendirian, tiada kaitan kumpulan terancang' KDN beri jaminan polis sentiasa pan
ArtikelDiterbitkan 19 May 2024 1.12 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.12 PM