Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Kantoi Guna Fleet Card Rakan Di Tiga Stesen Minyak

Published: 25 Apr 2026 7.33 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Tumpat, 25 April 2026 – Seorang penyeludup ditahan di Kampung Simpangan di sini, kelmarin, selepas dipercayai menggunakan lori dan menyalahgunakan kad subsidi diesel atau “fleet card” milik rakannya di tiga buah stesen minyak untuk menyeludup bahan api ke Thailand.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kantoi-guna-fleet-card-rakan-di-tiga-stesen-minyak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:41 MYT
 
Tumpat, 25 April 2026 – Seorang penyeludup ditahan di Kampung Simpangan di sini, kelmarin, selepas dipercayai menggunakan lori dan menyalahgunakan kad subsidi diesel atau “fleet card” milik rakannya di tiga buah stesen minyak untuk menyeludup bahan api ke Thailand.

Lelaki berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari selepas mengisi diesel di dua buah stesen minyak daerah ini dan sebuah lagi premis di Pasir Mas.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek yang memandu lori jenis Daihatsu mengisi minyak di stesen minyak Pengkalan Kubor dan Wakaf Bharu sebelum ke Tendong, Pasir Mas bermula pukul 9.30 hingga 11.30 pagi.

Menurutnya, pemerhatian mendapati, lelaki itu menggunakan “fleet card” untuk mengisi diesel ke dalam tangki lori.

“Sepasukan anggota PGA mengekori lori ke pangkalan haram Tualang sebelum kenderaan itu keluar menghala ke dua buah stesen minyak di Wakaf Bharu.

“Kenderaan itu kemudian bergerak ke sebuah lagi stesen minyak di Tendong untuk membuat pengisian diesel kali ketiga,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ArticlePublished 25 Apr 2026 7.33 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM