Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Waragainstdrugs Keratan Akhbar Pilihan Tiada Gula Gula Jeli Ganja Dikesan Di Pasaran Tempatan

Diterbitkan: 25 Apr 2026 8.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 25 April 2026 – Tiada penjualan gula-gula jenis jeli Ganja dikesan di pasaran tempatan setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/waragainstdrugs-keratan-akhbar-pilihan-tiada-gula-gula-jeli-ganja-dikesan-di-pasaran-tempatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT
 
Kuala Lumpur, 25 April 2026 – Tiada penjualan gula-gula jenis jeli Ganja dikesan di pasaran tempatan setakat ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), CP Dato’ Hussein Omar Khan.

Sebaliknya, beliau berkata produk itu dikesan dijual di pasaran Thailand.

“Bagaimanapun, JSJN menerusi elemen risikan dan penguatkuasaan sentiasa memperketat pemantauan bagi mengekang sebarang cubaan penyeludupan apa-apa jenis dadah ke dalam negara.

“JSJN juga memantau rapi gula-gula jenis ini,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mengulas sama ada gula-gula jenis itu dimakan oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Sungai Putat, Melaka, beliau menjelaskan perkara itu belum dapat disahkan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
ArtikelDiterbitkan 25 Apr 2026 8.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM