
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Kanak Kanak Mati Didera Meningkat
Kota Bharu, 17 Mac 2023 - Kes kanak-kanak mati akibat didera di negara ini meningkat dalam tempoh empat tahun bermula 2018 sehingga tahun lalu.
Kota Bharu, 17 Mac 2023 - Kes kanak-kanak mati akibat didera di negara ini meningkat dalam tempoh empat tahun bermula 2018 sehingga tahun lalu.
Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 81 kes diterima polis pada tahun 2022, 2021 (65 kes), 2020 (44 kes), 2019 (43 kes) dan 2018 (25 kes).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, tekanan hidup kerana masalah kewangan antara punca peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak selain menyebabkan perlakuan keganasan dalam rumah tangga.
“Sekarang ini ramai yang mengalami tekanan hidup hingga menyebabkan kecederaan kepada anak-anak dan isteri.
“Jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak pula disebabkan pengaruh negatif daripada penggunaan gajet dan teknologi tanpa kawalan ibu bapa, ketagihan porno dalam talian dan pengaruh rakan sebaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pada Khamis.
Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.