Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Kanak Kanak Mati Didera Meningkat

Diterbitkan: 17 Mar 2023 8.37 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kota Bharu, 17 Mac 2023 - Kes kanak-kanak mati akibat didera di negara ini meningkat dalam tempoh empat tahun bermula 2018 sehingga tahun lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-kanak-kanak-mati-didera-meningkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:50 MYT

Kota Bharu, 17 Mac 2023 - Kes kanak-kanak mati akibat didera di negara ini meningkat dalam tempoh empat tahun bermula 2018 sehingga tahun lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 81 kes diterima polis pada tahun 2022, 2021 (65 kes), 2020 (44 kes), 2019 (43 kes) dan 2018 (25 kes).

Kes-kes jenayah seksual lain melibatkan kanak-kanak dan wanita yang direkodkan pada tahun lalu ialah rogol sebanyak 1,398 kes, rogol berkumpulan 103 kes dan sumbang mahram sebanyak 264 kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, tekanan hidup kerana masalah kewangan antara punca peningkatan kes penderaan terhadap kanak-kanak selain menyebabkan perlakuan keganasan dalam rumah tangga.

“Sekarang ini ramai yang mengalami tekanan hidup hingga menyebabkan kecederaan kepada anak-anak dan isteri.

“Jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak pula disebabkan pengaruh negatif daripada penggunaan gajet dan teknologi tanpa kawalan ibu bapa, ketagihan porno dalam talian dan pengaruh rakan sebaya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Bangunan Pusat Temuduga Kanak-kanak (CIC) JSJ Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini pada Khamis.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
May be an image of 1 person and text that says 'Kanak-kanak mati didera meningkat Tekanan hidup kerana (CIC) Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPK) Kelantan masal

ArtikelDiterbitkan 17 Mar 2023 8.37 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM