Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Kemalangan Jalan Raya Menurun

Diterbitkan: 18 Mar 2024 2.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 - Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,539 kes di seluruh negara, kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jumlah-kemalangan-jalan-raya-menurun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:05 MYT
Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 - Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,539 kes di seluruh negara, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Saperi berkata, jumlah itu menurun sebanyak 339 kes berbanding 1,878 kes yang dicatatkan Jumaat lalu.

“Jumlah kematian direkodkan semalam (kelmarin) mencatatkan sebanyak 13 kematian iaitu penurunan tiga kes berbanding 13 kematian direkodkan kelmarin (Jumaat),” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara “real time” setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.

Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pelaporan yang akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia itu adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan COVID-19 sebelum ini.

Sumber: Harian Metro
 
ArtikelDiterbitkan 18 Mar 2024 2.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM