
Article
Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Kemalangan Jalan Raya Menurun
Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 - Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,539 kes di seluruh negara, kelmarin.
Kuala Lumpur, 18 Mac 2024 - Jumlah kemalangan jalan raya mencatatkan penurunan apabila merekodkan 1,539 kes di seluruh negara, kelmarin.
Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Mohd Azman Ahmad Saperi berkata, jumlah itu menurun sebanyak 339 kes berbanding 1,878 kes yang dicatatkan Jumaat lalu.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kerajaan akan menyiarkan statistik kematian akibat kemalangan secara “real time” setiap hari sebagai langkah baru bagi meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya dan orang ramai.
Menteri Pengangkutan, Tuan Anthony Loke Siew Fook dilaporkan berkata, tindakan itu akan dilaksanakan dalam masa terdekat dengan pelaporan yang akan dibuat oleh Polis Diraja Malaysia itu adalah sama seperti pelaporan kes harian jangkitan COVID-19 sebelum ini.
Sumber: Harian Metro