Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jumlah Anggota Polis 134 978 Masih Tidak Mencukupi

Published: 06 Apr 2023 3.06 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
“Hasil kajian itu, PDRM membuat unjuran keperluan perjawatan baharu untuk balai-balai sebanyak 4,940 perjawatan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian berkenaan di Dewan Negara, kelmarin. Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jumlah-anggota-polis-134-978-masih-tidak-mencukupi
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:40 MYT
Kuala Lumpur, 6 April 2023 - Jumlah kekuatan pegawai dan anggota polis di seluruh negara setakat seramai 134,978 orang dan jumlah itu dilihat tidak mencukupi dengan mengambil kira kepesatan pembangunan serta pertambahan penduduk.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, masalah kekurangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan hanya disebabkan kekurangan perjawatan, tetapi masalah pengisian perjawatan kosong.
PDRM ketika ini dalam kajian untuk pengoptimuman perjawatan secara menyeluruh bagi Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah dan balai polis.

“Menerusi kajian yang dijalankan, jumlah perjawatan ideal bagi semua peringkat sedang dikenal pasti bagi memastikan tiada masalah kekurangan perjawatan yang boleh mengganggu keberkesanan operasi, kekal relevan serta selari dengan dasar pengoptimuman sumber manusia perkhidmatan awam.

“Hasil kajian itu, PDRM membuat unjuran keperluan perjawatan baharu untuk balai-balai sebanyak 4,940 perjawatan," katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian berkenaan di Dewan Negara, kelmarin.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

 
ArticlePublished 06 Apr 2023 3.06 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM