Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jual Senjata Tiruan Dalam Live

Diterbitkan: 07 Jan 2025 8.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jual-senjata-tiruan-dalam-live
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT
 
Batu Pahat, 7 Januari 2025 - 'Kami tidak tahu salah jika menjualnya' antara alasan diberikan pekerja sebuah premis yang diserbu polis di Pekan Parit Sulong, di sini selepas didapati menjual senjata tiruan secara penstriman langsung atau "live" di media sosial.

Serbuan dilakukan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman 7 malam kelmarin merampas 155 senjata tiruan pelbagai jenama yang disimpan dalam bilik di tingkat atas premis.

Dalam Op Bravo Taring (Senjata Tiruan) itu, beberapa pekerja premis cuba membawa keluar senjata tiruan itu selepas mendapat maklumat premis yang membekalkan peralatan di ibu kota diserbu sehari sebelum itu.

Menurut sumber, polis yang menjalankan risikan sejak sebulan lalu segera mendekati mereka yang ketika itu mahu memindahkan senjata tiruan ke dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Katanya, pemilik premis itu menjual senjata tiruan yang diimport dari China antara harga RM70 hingga RM430 melalui media sosial.
“Senjata itu dijual dalam bentuk set dengan pembeli juga akan mendapat peluru bebola gel (gel ball).

“Operasi dilancarkan selepas terdapat penjualan secara berleluasa di media sosial yang mana ia satu kesalahan kerana menjual senjata walaupun tiruan.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

 
 
ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2025 8.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM