Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jspt Jsj Dan Dbkl Bekerjasama Banteras Operasi Ulat Di Ibu Kota

Diterbitkan: 18 Jul 2023 2.35 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Lumpur, 18 Julai 2023 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi melaksanakan operasi ulat parkir.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jspt-jsj-dan-dbkl-bekerjasama-banteras-operasi-ulat-di-ibu-kota
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:13 MYT

Kuala Lumpur, 18 Julai 2023 - Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur akan bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) bagi melaksanakan operasi ulat parkir.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata, pihaknya juga akan memastikan individu yang ditahan akan dituduh di mahkamah.

“Polis Diraja Malaysia juga akan bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi pelaksanaan operasi.

“Selain ulat parkir, tindakan saman juga akan diambil ke atas kenderaan yang diletakkan di tepi jalan yang dijadikan kawasan parkir haram,” katanya.

Sementara itu, ACP Sarifudin berkata, ulat parkir di ibu kota dikesan menggunakan modus operandi dengan meletakkan kon di tepi jalan yang bukan kawasan parkir.

Menurutnya, kegiatan ulat parkir ini dipercayai dilakukan secara berkumpulan atau bersindiket.

“Polis mengesan ada kawasan parkir haram berkenaan dikawal oleh kumpulan individu tertentu bagi mendapatkan keuntungan mudah.

“Sejak Januari sehingga Julai lalu polis sudah menahan 122 ulat parkir di sekitar Kuala Lumpur yang aktif mengutip bayaran daripada pengguna jalan raya,” katanya.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 2 people and text that says 'Kuala Lumpur abatan Siasatan dan ULAT PARKIR 122 ditahan kutip bayaran di KL Hafidzul Noor JSPT,JSJ dan DBK

ArtikelDiterbitkan 18 Jul 2023 2.35 AMDikemas kini 15 Aug 2026 8.21 PM