Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jspt Bukit Aman Gempur Perlumbaan Drag

Diterbitkan: 23 May 2022 3.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi libatkan sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman pada jam 1 pagi itu mengesan sembilan buah kereta yang melakukan perlumbaan ujian kelajuan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jspt-bukit-aman-gempur-perlumbaan-drag
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:01 MYT
Kuala Lumpur, 23 Mei 2022 - Aktiviti kumpulan kereta dalam perlumbaan drag dengan bunyi ekzos bising di Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan dikejutkan dengan serbuan polis pada awal pagi Ahad.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, operasi libatkan sepasukan Unit Risikan Operasi JSPT Bukit Aman pada jam 1 pagi itu mengesan sembilan buah kereta yang melakukan perlumbaan ujian kelajuan.

Menurutnya, aksi bersaing sesama sendiri dengan deruan enjin itu di lakukan beberapa pusingan hingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Kesemua pemandu berusia 19 hingga 39 tahun telah ditahan untuk tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

''Sembilan buah kereta jenis Proton Satria, Proton Saga, Proton Wira, Perodua Myvi, Honda CR-Z dan Honda Civic telah disita untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, tangkapan dan sitaan kenderaan telah dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of 4 people, car and text
ArtikelDiterbitkan 23 May 2022 3.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM