Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jips Teliti Operasi Judi Ipd Sg Buloh

Published: 11 Aug 2020 9.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 11 Ogos 2020 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan asing di Sungai Buloh.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jips-teliti-operasi-judi-ipd-sg-buloh
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 17:49 MYT

Kuala Lumpur, 11 Ogos 2020 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang didapati terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian, penjualan rokok seludup dan aktiviti perniagaan asing di Sungai Buloh.

Pengarahnya, CP Dato' Zamri Yahya menegaskan, pihaknya kini meneliti laporan serbuan dan tangkapan terhadap kedai-kedai judi yang dilakukan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkenaan.

Ujarnya, ini asas untuk membuktikan sama ada mereka benar-benar telah bertindak atau sebaliknya ke atas kedai-kedai judi tersebut.

"Kita akan meneliti semua rekod dan maklumat yang ada supaya satu keputusan yang adil dapat diberikan.

"Sebaik sahaja JIPS selesai jalankan siasatan dan analisis, tindakan lanjut akan diambil ke atas pegawai-pegawai berkaitan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti berikut.

Sumber: Utusan Malaysia

Image may contain: 1 person, text that says 'akan menelitisemua rekod maklumatyang adasupaya satukeputusan yangadil dapat diberikan.' JIPS teliti oper
ArticlePublished 11 Aug 2020 9.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM