Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Jihad Menentang Dadah Pengarah Jsjn

Diterbitkan: 01 Feb 2022 7.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Februari 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang baharu, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan pihak polis akan memerangi habis-habisan individu yang terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah ekoran kesan besar yang ditinggalkan oleh gejala itu termasuklah membunuh ahli keluarga sendiri kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jihad-menentang-dadah-pengarah-jsjn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:46 MYT
Kuala Lumpur, 1 Februari 2022 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang baharu, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay menegaskan pihak polis akan memerangi habis-habisan individu yang terlibat dalam pengedaran dan penyalahgunaan dadah ekoran kesan besar yang ditinggalkan oleh gejala itu termasuklah membunuh ahli keluarga sendiri kerana ingin mendapatkan wang untuk membeli dadah.

Apatah lagi kata beliau, Malaysia telah lama mengisytiharkan dadah sebagai musuh nombor satu negara.

"Kita (polis) akan perang habis-habisan mereka ini. Tiada amaran lagi buat mereka. Ini jihad menentang dadah musuh nombor satu negara.

"Cara saya ialah tidak ada lagi amaran dan akan terus ambil tindakan. Kita mahu masyarakat beri kerjasama penuh termasuk kalangan ibu bapa.

"Segera laporkan sekiranya ada anak mereka terlibat dengan dadah untuk tindakan dan rawatan awal sebelum terlambat. Usah tunggu parah," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, malah Op Tapis Khas yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 21 Januari lalu membabitkan seramai 2,696 pegawai dan anggota tidak akan terhenti di situ sahaja.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 8 people and text
ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2022 7.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM