Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Keratan Akhbar Pilihan Langgar Lampu Isyarat Buat Pusingan U Demi Kejar Trip Pengarah Jspt

Diterbitkan: 01 Feb 2022 8.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 1 Februari 2022 - Melanggar lampu isyarat dan membuat pusingan U secara haram antara kesalahan dilakukan penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) sehingga kira-kira 774 kernalangan dicatatkan dalam tempoh tiga tahun, sejak 2019 hingga 2021.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-langgar-lampu-isyarat-buat-pusingan-u-demi-kejar-trip-pengarah-jspt
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:59 MYT
Petaling Jaya, 1 Februari 2022 - Melanggar lampu isyarat dan membuat pusingan U secara haram antara kesalahan dilakukan penunggang motosikal khidmat penghantaran (p-hailing) sehingga kira-kira 774 kernalangan dicatatkan dalam tempoh tiga tahun, sejak 2019 hingga 2021.

Tindakan membahayakan nyawa dan pengguna jalan raya itu dipercayai semata-mata utuk mengejar trip dan ingin cepat sampai ke destinasi dituju bagi menghantar pesanan.
Malah, pelanggaran undang-undang melibatkan p-hailing tersebut mendapat perhatian orang ramai selain ada antaranya tular dalam media sosial.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, dalam tempoh tersebut, jumlah keseluruhan adalah melibatkan sebanyak 644 bagi sepanjang tahun 2021 manakala 120 (2020) dan 10 kes (2019).

Menurut beliau, bagi tahun lalu, sebanyak 51 kemalangan maut, cedera parah (42) dan ringan (551).

"Kita mendapati punca kemalangan sehingga mengorbankan nyawa p-hailing antaranya cuai ketika keluar atau masuk simpang, terbabas sendiri, makan jalan, melawan aliran trafik dan lain-lain.

"Selain itu, ada antara mereka kita kesan yang melanggar lampu isyarat, membuat pusingan secara haram malah menunggang dalam keadaan bahaya sambil memegang telefon bimbit. Tidak dinafikan tindakan ini dipercayai untuk cepat sampai ke lokasi tertentu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 01 Feb 2022 8.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM