Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jenazah Anggota Polis Terkorban Dikebumi Di Bidor Gambang

Published: 18 May 2024 1.31 AM Updated: 15 Aug 2026 8.13 PM
Johor Bharu, 18 Mei 2024 – Dua anggota polis yang maut diserang di Balai Polis Ulu Tiram, akan dikebumikan di kampung masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang, Kuantan, selepas bedah siasat selesai.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jenazah-anggota-polis-terkorban-dikebumi-di-bidor-gambang
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 12:31 MYT
Johor Bharu, 18 Mei 2024 – Dua anggota polis yang maut diserang di Balai Polis Ulu Tiram, akan dikebumikan di kampung masing-masing di Bidor, Perak dan Gambang, Kuantan, selepas bedah siasat selesai.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain, berkata seorang lagi anggota yang parah kini stabil, selepas terkena tembakan di bahu kiri dan pinggul dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail, di sini.
“Dua anggota yang terkorban masing-masing mula bertugas pada 2021 dan 2022 dan mereka masih bujang.

“Jenazah dua anggota terkorban akan dibawa balik ke kampung halaman mereka di Bidor dan Gambang, selepas semua proses bedah siasat selesai.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dua anggota yang terkorban dalam serangan awal pagi tadi (semalam).

“Kebajikan dan keperluan anggota, kita akan uruskan dengan baik termasuk keluarga mangsa,” katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.

 
ArticlePublished 18 May 2024 1.31 AMUpdated 15 Aug 2026 8.13 PM