
Article
Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Sungai Golok Turun 90 Peratus
Kota Bharu, 6 Februari 2025 - Jenayah rentas sempadan di Kelantan menurun 90 peratus dalam tempoh dua bulan berturut-turut sejak kawalan ketat dilaksanakan di...
Kota Bharu, 6 Februari 2025 - Jenayah rentas sempadan di Kelantan menurun 90 peratus dalam tempoh dua bulan berturut-turut sejak kawalan ketat dilaksanakan di kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember lalu.
Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Mohd Yusoff Mamat berkata, penurunan kes itu melibatkan jenayah penyeludupan dadah, barangan kontraban, barangan kawalan dan pemerdagangan manusia.
“Penurunan jenayah rentas sempadan di Kelantan buat masa ini sudah cukup besar meskipun masih berbaki sebanyak 10 peratus kerana ia melibatkan jarak Sungai Golok sejauh 136 kilometer.
“Berdasarkan maklumat, penduduk di sempadan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan masyarakat di Thailand turut mematuhi undang-undang rentas sempadan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan Polis Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjeh di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.