Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Seksual Mangsa Jerat Diri Sendiri

Published: 26 May 2025 1.56 AM Updated: 15 Aug 2026 8.01 PM
Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 – Majoriti kes gangguan seksual membabitkan kanak-kanak yang direkodkan dari tahun 2023 hingga April 2025 melibatkan individu yang dikenali mangsa termasuk dalam kalangan kenalan, ahli keluarga serta orang dipercayai.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jenayah-seksual-mangsa-jerat-diri-sendiri
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 16:58 MYT
Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 – Majoriti kes gangguan seksual membabitkan kanak-kanak yang direkodkan dari tahun 2023 hingga April 2025 melibatkan individu yang dikenali mangsa termasuk dalam kalangan kenalan, ahli keluarga serta orang dipercayai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, terdapat juga kes yang mana mangsa secara tidak sedar telah mendedahkan diri mereka kepada risiko jenayah seksual itu.

"Terdapat segolongan mangsa terperangkap dengan perbuatan sendiri di mana pada awalnya mangsa dengan suka rela berkongsi gambar atau video pornografi diri sendiri kepada kenalan melalui aplikasi media sosial.

“Kemudiannya menjadi punca kepada suspek mengugut mangsa untuk menyebarkan gambar atau video tersebut kepada umum untuk mendapatkan wang atau mendapatkan lebih banyak bahan penganiayaan seksual kanak-kanak," katanya ketika ditemui Kosmo di Bukit Aman di sini baru-baru ini.

Menurutnya, dalam tempoh di antara 2023 hingga April 2025, sebanyak 7,982 kes dicatatkan melibatkan pelakunya yang dikenali mangsa itu sendiri.

Beliau turut mendedahkan sebahagian besar jenayah itu berpunca daripada penyalahgunaan media sosial dan teknologi moden yang membuka ruang kepada penjenayah untuk bertindak.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

Tiada huraian foto disediakan.

Tiada huraian foto disediakan.

Tiada huraian foto disediakan.


ArticlePublished 26 May 2025 1.56 AMUpdated 15 Aug 2026 8.01 PM