
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Sidang Kemuncak Asean Ke 46 Cabaran Serantau Depani Ancaman Keselamatan
Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 - Rantau ini berdepan dengan ancaman keselamatan yang kian meningkat terutama jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan tawaran...
Kuala Lumpur, 26 Mei 2025 - Rantau ini berdepan dengan ancaman keselamatan yang kian meningkat terutama jenayah siber seperti penipuan dalam talian dan tawaran kerja tidak wujud.
Menteri Luar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan berkata, ASEAN berdepan dengan landskap serantau dan global yang semakin kompleks dipengaruhi persaingan geopolitik, ketidaktentuan ekonomi serta cabaran rentas sempadan.
“Ribuan warga ASEAN telah menjadi mangsa sindiket ini dan mereka diperdaya, diperdagangkan dan dijadikan buruh paksa di pusat-pusat 'scam'.
“Mereka kehilangan kebebasan, maruah dan wang simpanan untuk hidup. Operasi haram dalam talian yang berleluasa ini turut menjejaskan ekonomi negara-negara anggota ASEAN,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa ucapan pembukaan Mesyuarat Majlis Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN ke-29 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini semalam.