Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Komersial Catat Peningkatan Ketara Pengarah Jsjk

Published: 17 Feb 2024 6.05 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Jumlah kerugian melibatkan kes jenayah komersial bagi minggu keenam tahun ini mencatatkan nilai kerugian lebih RM558.6 juta berbanding lebih RM181.6 juta minggu sama pada tahun lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jenayah-komersial-catat-peningkatan-ketara-pengarah-jsjk
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:19 MYT
Kuala Lumpur, 17 Februari 2024 - Jumlah kerugian melibatkan kes jenayah komersial bagi minggu keenam tahun ini mencatatkan nilai kerugian lebih RM558.6 juta berbanding lebih RM181.6 juta minggu sama pada tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), CP Dato' Sri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, peningkatan turut direkodkan dari segi jumlah kes bagi tempoh sama.

Menurut beliau, menjangkau ke minggu keenam tahun 2024 iaitu sehingga 11 Februari, sejumlah 4,741 kes jenayah komersial telah direkodkan melibatkan nilai kerugian RM558,668,375.22.

“Jumlah ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatatkan sejumlah 3,530 kes dan nilai kerugian RM181,610,712.86.

“Kadar kes bagi tahun 2024 telah mencatatkan peningkatan sebanyak 34.3 peratus manakala nilai kerugian mencatatkan kadar peningkatan yang cukup besar dengan 207.6 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Jumaat.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.
 
ArticlePublished 17 Feb 2024 6.05 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM