Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Keratan Akhbar Pilihan Jenayah Judi Pelacuran Belum Reda 52 994 Ditahan

Published: 16 Jul 2024 4.21 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Petaling Jaya, 16 Julai 2024 - Sebanyak 52,994 individu ditahan kerana terlibat dalam jenayah pelacuran dan perjudian di seluruh negara dalam tempoh 18 bulan lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/keratan-akhbar-pilihan-jenayah-judi-pelacuran-belum-reda-52-994-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT
Petaling Jaya, 16 Julai 2024 - Sebanyak 52,994 individu ditahan kerana terlibat dalam jenayah pelacuran dan perjudian di seluruh negara dalam tempoh 18 bulan lalu.

Jumlah itu membabitkan 24,571 individu terlibat dengan perjudian manakala 28,423 orang lagi ditahan berkaitan kegiatan pelacuran sepanjang tahun 2023 hingga Jun lalu.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis tidak berdiam diri selain mempergiat operasi dan serbuan bagi menangani kegiatan haram tersebut.

“Sepanjang tahun lalu, kita menahan seramai 16,052 individu melalui 12,497 serbuan Op Dadu di seluruh negara melibatkan rampasan wang dianggarkan berjumlah RM3.84 juta.

“Tangkapan tersebut membabitkan serbuan di pusat panggilan, judi dalam bangunan, judi luar bangunan dan catit taruh.

“Bermula Januari hingga Jun lalu, seramai 8,519 individu ditahan menerusi 6,327 serbuan dan merampas wang kira-kira RM1.64 juta,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Menurut Tan Sri Razarudin, sepanjang 2023 hingga Jun lalu pula, polis menahan 28,423 individu berkaitan kes pelacuran.

Beliau berkata, ia membabitkan 15,199 individu ditahan pada 2023 manakala 13,224 lagi untuk enam bulan tahun ini.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Utusan Malaysial
 
ArticlePublished 16 Jul 2024 4.21 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM